Search

TERBANG BRRSAMA MDB (SIRI 80)

Transit (...

  • Share this:

TERBANG BRRSAMA MDB (SIRI 80)

Transit (2)

Transit dalam kamus orang awam adalah berhenti sekejap bagi pertukaran pesawat ke destinasi akhir. Kenapa perlu transit? Kerana kapalterbang pertama tidak terbang terus ke destinasi akhir. Bila transit, penumpang boleh keluar ke lapangan terbang sekejap atau hanya diminta menunggu di dalam pesawat.

Dalam siri pertama Terbang Bersama MDB, saya dah cerita tentang jahilnya saya tentang vocabulary dunia penerbangan. Pesawat saya dari Bangkok ke Kuwait telah transit di Lapangan Terbang Saddam di Baghdad, Iraq. Saya ingat dah sampai Kuwait walaupun diberitahu ini hanyalah transit.

Dalam kamus saya, transit ada banyak makna & amalan. Bila kita dah arif & mahir sesuatu bidang, macam2 kreativiti boleh kita lakukan. Saya suka transit sebab boleh berhenti sekejap berjumpa kawan atau pelanggan. Saya selalu buat di lapangan Dubai, Istanbul & London. Oleh kerana saya tidak perlukan visa masuk negara, senang saya meninggalkan airport & balik semula ke airport dalam masa beberapa jam. Bila kena pergi ke Tripoli atau Tunis, saya boleh saja terbang direct dari Dubai dengan Emirates Airlines. Tapi saya ambil Turkish Airlines dari Dubai ke Istanbul. Saya keluar makan tengahari sekejap di bandar Istanbul sambil berjumpa rakan @ pelanggan. Kemudian, saya patah balik ke airport bagi sambung ke Tripoli atau Tunis atau Casablanca.

Dalam kamus saya juga, transit bermaksud pecahkan satu perjalanan yang panjang kepada beberapa sektor bagi lebih relax & juga kurang kos. Banyak tiket penerbangan saya, sengaja saya transitkan supaya harga tiket kurang. Kalau nak tahu, kena belajar tips dari saya. Saya amat handal dalam hal ini (maaf puji diri sedikit). Pointnya, bila kita dah buat benda yang sama berulang kali, kena ada kepandaian dalam semua segi. Tidak boleh sama sahaja prestasi kita. Dalam rutin pun, kena ada kreativiti.

Transit paling manis bila saya berjaya meninggalkan Tripoli yang bergolak & berdarah akibat perang saudara. Airport tutup. Semua penerbangan dibatalkan. Saya nak pulang semula ke Dubai dengan apa cara sekali pun. Selepas beberapa hari, ada penerbangan keluar. Saya ambil risiko. Saya dapat keluar & transit di Tunis.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts